Sunday, November 25, 2012

HUKUM ORANG YANG BERHUTANG


Manis senyum mu.... manis senyum mu.. pandang tak jemu... ceeeewaaahhhhh!!!

Manis sungguh senyuman YB Parlimen Balik Pulau ni.. tapi sampai bila senyuman manis tu mampu bertahan PB pun x tau lah kan.. Oh YB... Dengaq kata HUTANG SEWA PEJABAT YB dah lama tertangguh... Bila ditanya YB kata duit tak ada.. boleh cenggitu eh??? YB tau tak apa hukum berhutang???

APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR HUTANG DAN APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG MEMBERI HUTANG?

Adakah ini menggalakkan orangramai suka berhutang? 

Dalam Islam berhutang memang di haruskan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Umpamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan makan dan minum, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. 

Sebagaimana dalam sebuah hadis :- 

Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? beliau bersabda : "memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya]. 

Hadis ini menerangkan antara pekerjaan yang paling baik ialah menolong menjelaskan hutang seseorang. Persoalan sekarang ialah sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan di berikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. 

Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya: 

1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya. 

2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah. 

3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim. 

4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati. 

Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya, dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan, kecuali hutang tersebut dijelaskan. Kalau tidak sempat dijelaskan, hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar, tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya. 

Bagaimana kalau tidak ada amalan kebajikan?, kita akan dihumban ke dalam api neraka. Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini, selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan, dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan, untuk mengelakkan terabai membayarnya. 
Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah. Seseorang yang berhutang, hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut, kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 

[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya]. 

Sabdanya lagi : 

[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang]. 
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W : 

[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya]. 

Abu Said R.a berkata : 

"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak. 
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. : 

Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya]. 

Yang sy hairan, bukan satu tempat je YB berhutang.. dan difahamkan bahawa dah beberapa tempat YB pindah pejabat.. mungkinkah kerana masalah yang sama?? tak bayar hutang eh???

Dan dengar kata, YB juga tak bayar gaji kepada pembantu-pembantu YB?? atau hanya desas desus?? kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang YB?? dengar kata pembantu-pembantu YB tu juga mempunyai keluarga?? tidakkah YB fikir bagaimana mereka nak menyara keluarga apabila gaji mereka tak dibayar???

Teruskanlah dengan cara YB tu.. 

Sunday, November 18, 2012

Bangau Oh Bangau???


Kekadang PB "kompius" ngan Abg Mat 121 nie sebenarnya.. dia tau tak apa yang dia cakap n apa yang keluar dari mulut dia?? melalui lagu yang dia nyanyi ni kalau pada hemat PB lah kan... makna lagu ni, dia mengaku la yang selama ni memang walau apa sekalipun kepincangan yang jadi dalam PR semua kesalahan tu mereka akan letakkan kat bahu UMNO... TAK GITU???

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tak Tahu Peraturan Dewan



Ini pula kisah Kerajaan Negeri Pulau Pinang (DAP) yang memang tak faham peraturan Dewan Undangan Negeri (atau buat-buat tak faham).. ikuti luahan perasaan ADUN-ADUN yang tidak berpuas hati dengan layanan berat sebelah dan juga pandangan mereka tentang bagaimana Kerajaan Negeri membuat kerja bagai melepaskan batuk di tangga..



Saturday, November 17, 2012

Oh My Balik Pulau 4 !!!




Orang-orang kampung di BALIK PULAU.... Ada duit ka nak beli rumah ni??? Dah siap sepenuhnya dah la ni kan???? Jom la pakat-pakat beli...

Tidakkah kita sedar bahawa pembinaan perumahan mewah yang semakin lama semakin berkembang di Balik Pulau ni sebenarnya adalah rancangan jahat DAP untuk sedikit demi sedikit menghalau orang-orang kampung di Balik Pulau??? Tak kira lah Melayu, Cina atau India itu sendiri.. DAP bukan peduli nasib orang-orang yang miskin.. Yang penting pada mereka hanyalah KEUNTUNGAN yang akan mereka kaut!!!

Oh My Balik Pulau 3 !!!



Di posting sebelum ini PB ada sertakan beberapa keping gambar di sebuah perumahan yang sedang dibina di Balik Pulau.. Kali ini saya sertakan satu perumahan mewah yang sudah siap tersedia dan sudah berpenghuni..

Jika dikenang kembali sewaktu pemerintahan Barisan Nasional, setiap perumahan perlu ada perumahan kos rendah dan sedarhana tetapi kini tidak lagi (LGE PENIPU KATA ADA).. Perumahan yang terdapat di dalam gambar di atas adalah perumahan KAMPUNGKU.. yang sudah semestinya ramai yang tahu rata-rata rakyat Balik Pulau tak mampu untuk membeli rumah-rumah di perumahan tersebut.. Perumahan ini terletak di sebelah kiri jalan setelah turun dari Bukit Penara, Balik Pulau..

Oh My Balik Pulau 2 !!!

Namun semenjak dua menjak ini banyak perubahan yang berlaku di Balik Pulau... banyak perumahan mewah telah dibawa masuk oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipelopori oleh DAP.. Ahli Parlimen Balik Pulau langsung tidak mengendahkan nasib rakyat Balik Pulau yang rata-ratanya adalah terdiri daripada orang-orang kampung yang hanya mempunyai pendapatan yang sederhana tidak kira kaum Melayu, cina dan India..





Rakyat di Balik Pulau semakin tertindas dengan kehadiran projek perumahan yang hampir mencecah jutaan ringgit dan kebanyakannya adalah lebih daripada setengah juta ringgit.. Tanah-tanah orang kampung dibeli dengan harga yang amat tinggi tetapi rupanya orang-orang kampung telah tertipu dan dibutakan dengan wang ringgit... ADUHAI BANGSAKU....

Oh My Balik Pulau !!!








Kepada sesiapa yang tak mengenali Balik Pulau sudah tentu tertanya-tanya apakah keunikan yang terdapat di tempat ini... Pada pendapat saya yang 100% anak jati Balik Pulau, yang paling menarik di Balik Pulau ini ialah keindahan Balik Pulau itu sendiri, di mana kebanyakan kanpung masih terserlah ke"Melayuan"nya.. dengan rumah2 kampung dan suasana yang menghijau amat memukau pandangan mata..

Pada mereka yang mengenali Balik Pulau pula sudah pasti tidak terlepas dengan keenakan durian Balik Pulau yang amat sedap rasanya hingga terkenal 1 Malaysia.. 

Balik Pulau juga pernah mencatat sejarah hitam apabila diterjah oleh tsunami pada 26 Disember 2004 dan seramai lebih kurang 26 mangsa tsunami yang meninggal dunia pada kejadian tersebut yang berlaku di pantai Pasir Panjang..

Keindahan Balik Pulau amat memukau sesiapa yang mengunjungi kawasan ini kerana banyak khazanah yang terdapat di sini.. Terdapat juga pintu ke dua TAMAN NEGARA PULAU PINANG di Balik Pulau iaitu di Kuala Sungai Pinang.. Pintu ke dua ini akan membawa pelancong yang meminati alam sekitar untuk lebih mengenali paya bakau (mangroove) dengan lebih dekat lagi.. dari paya bakau, pelancong akan dibawa ke Pantai Kerachut dengan menaiki bot untuk menikmati pemandangan yang lebih cantik.. 

Di Pantai Kerachut terdapat sebuah tasik meromatik yang amat jarang dijumpai di dunia ini, iaitu tasik di mana akan mempertemukan dua jenis air iaitu air sungai (tawar) dan juga air laut (masin) di dalam satu tasik.. kejadian ini akan berlaku setiap kali air laut pasang.. 

Di samping itu terdapat juga pusat penetasan penyu di Pantai Kerachut ini dimana pengunjung yang bertuah akan dapat menyaksikan anak-anak penyu menetas dan bergerak mencari air laut dan memulakan perjalanan hidup mereka di dunia ini..

Tuesday, November 6, 2012

PRIVICY??? HUMAN RIGHT??? Wahai manusia, lupakah dikau tentang janji Allah???

Lihat, dengar, perhati, hayati, serap dalam otak, tapiskan dengan akal yang waras tentang apa yang diperkatakan dalam video di bawah.. terutamanya bermula pada minit 1:34 dan seterusnya..


PRIVICY??? HUMAN RIGHT??? Wahai manusia, lupakah dikau tentang janji Allah???



"Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (homoseksual) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.” (QS. Al A’raaf, 7: 80-82)

Luth menyeru kaumnya kepada sebuah kebenaran yang begitu nyata dan memperingatkan mereka dengan jelas, namun kaumnya sama sekali tidak mengindahkan peringatan macam apa pun dan terus menolak Luth dan tidak mengacuhkan azab yang telah ia sampaikan kepada mereka:

“Dan (ingatlah) ketika Luth berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang sebelumnya belum pernah dikerjakan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu”. Apakah sesungguhnya kamu mendatangi laki-laki, menyamun, dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu?” Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” ( QS. Al ‘Ankabuut, 29: 28-29)

Jelajah Kasih Sayang "BRIM 2.0"

Jelajah Kasih Sayang "BRIM 2.0" sudahpun bermula.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
1. Taklimat BRIM 2.0
2. Edaran borang BRIM 2.0
3. Perkhidmatan mengisi borang BRIM 2.0
4. Perkhidmatan fotostat kad pengenalan / slip gaji
5. Serahan borang BRIM 2.0 serta merta

Mana-mana kariah, JKKK ataupun persatuan penduduk di kawasan Parlimen Balik Pulau yang memerlukan khidmat yang kami sediakan, bolehlah menghubungi Hjh Siti Faridah di talian 019-4132003 

Anda juga boleh merujuk kepada album Jelajah Kasih Sayang "BRIM 2.0" Siri 1 di 
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.163672993775814.74946.100003993441770&type=1penyelaras







Sunday, November 4, 2012

Ramainya Keluaq Masa Mat Sabu "Serbu" Balik Pulau!!!


           Wah.. ramainya yang hadiri ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan pada 30 Oktober 2012 di Tapak Pasar Malam Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang.. penceramah jemputan pula merupakan Timbalan Presiden PAS, Abang Mat Sabu..

          Kehadiran keseluruhan berjumlah 10 000, yakni terdiri daripada lebih kurang 300-400 orang manusia, selebihnya mungkin hantu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.. maka wajarkah anda memakai cermin mata 3D kalau nak menentukan kesahihannya.. (Kalau tak nampak jugak tu maknanya 300-400 org ja la) 





Lembu Kedah Import dari AUSTRALIA???

INI KE LEMBU KEDAH TU????
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Corporation Berhad, telah memeterai satu perjanjian usaha sama yang besar bersama sebuah syarikat dari Australia untuk menternak dan mengimport lembu-lembu dari negara tersebut. KCB telah membayar RM1 juta kepada rakan kongsi pilihannya itu sejurus selepas perjanjian dimeterai. Malangnya, projek ternakan lembu yang dipenuhi kontroversi sejak awal lagi ini tidak pernah dapat dilaksanakan.

KCB juga diselar apabila ia membuat pembayaran besar ke atas dua buah projek yang gagal. Bayaran pertama melibatkan sejumlah RM4.26 juta kepada sebuah syarikat di Papua New Guinea untuk sebuah projek kelapa sawit yang akhirnya menemui kegagalan. Bayaran kedua melibatkan RM1.6 juta kepada seb
uah syarikat perunding untuk "mengatur" pinjaman persisiran berjumlah USD44 juta yang telah diperuntukkan untuk membiayai pelaburan di Papua New Guinea itu.

Selain gagal untuk mendapatkan pinjaman USD44 juta itu (yang telah menggugat projek tersebut), KCB tetap meneruskan projek ini dengan meminjam sejumlah RM3 juta dari tiga buah syarikat tempatan. Paling mengejutkan adalah apabila pinjaman ini dibuat tanpa kelulusan pihak Lembaga Pengarahnya sendiri!




P/S: fitnah kat orang akhirnya terkena batang idung sendiri... Betapa besarnya kuasa Allah SWT membalikkan semula fitnah yang dibuat oleh mereka yang kononnya memperjuangkan Islam...

Apa Pasat?? Lu Sulah Goyang Ka??? -Akta Katak Melompat-

 
      Perbahasan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bermula pada 1 November 2012 yang lalu.. antara perkara yang menarik perhatian PB pada perbahasan tersebut adalah perbahasan tentang AKTA LOMPAT PARTI.. adakah LGE sebagai ketua menteri takut ada antara ADUN/ ahli parlimen dari PR melompat parti lagi seperti pada pilihanraya 2008 yang lalu??

     Kenapa PB amat tertarik dengan akta ini?? 

ANTARA SENARAI PEMIMPIN PKR YANG KELUAR PARTI



Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan



Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:

Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin 


dari senarai ini sahaja PB dah boleh katakan bahawa PR memang sedang berada di dalam dilema hingga terpaksa mengusulkan dan membahaskan AKTA LOMPAT PARTI ni di dalam dewan undangan negeri kerana risau lebih ramai lagi yang akan lompat parti selepas ini.. 

P/S: DIMANAKAH HAK KEBEBASAN BERSUARA YANG SELAMA INI DIPERJUANGKAN OLEH PR?????


Wednesday, October 10, 2012

LIM GUAN ENG BINA JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG?????



Pada hari ini, 10 Oktober 2012 PB telah berkesempatan mengikuti Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bersama-sama dengan AHLI-AHLI serta PENYELARAS-PENYELARAS PARLIMEN BARISAN NASIONAL di Syarikat CHEC Construction (M) Sdn Bhd, BATU MAUNG. 



Buat pengetahuan semua pembaca, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) adalah sebuah syarikat yang telah dilantik sebagai pemegang konsesi untuk PROJEK JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG.. Syarikat ini adalah sepenuhnya MILIK KERAJAAN PERSEKUTUAN.. 



Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan juga Batu Maung di bahagian pulau dimulakan pada OGOS 2008 dan dijangka siap pada SEPTEMBER 2013 iaitu 2 bulan LEBIH AWAL berikutan pembinaannya yang pesat buat masa sekarang. Jambatan yang berukuran 16.9 KM ini bakal menjadi JAMBATAN TERPANJANG DI ASIA TENGGARA. Jambatan ini juga dianggarkan menelan kos pembinaan sebanyak 4.5 BILLION.. 



Jambatan Kedua Pulau Pinang (JKPP) ini juga akan menjadi JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA yang akan menggunakan SISTEM GALAS GETAH REDAMAN TINGGI / HIGH DAMPING RUBBER BEARING (HDRB).. HDRB adalah produk yang direkabentuk oleh PUSAT PENYELIDIKAN TUN ABDUL RAZAK (TARRC) di Brickendonbury, United Kingdom iaitu makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).. 



PB juga telah mendapat peluang untuk bersama-sama melawat ke tapak pembinaan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang..












NOTA KAKI: Minta maaf la no kepada "PEMINAT" Lim Guan Eng dan juga puak-puak PR... Lim Guan Eng tu pandai ambik credit ja.. pantang kerajaan buat apa semua dia kata dia punya.. padahal orang lain dok bawak keluaq duit.. tapi bila ada masalah kat mana-mana projek semua tuding kat kerajaan persekutuan.. tak payah dok spin sangat la Lim Guan Eng oii.. semua orang dah tau dah cara hang tu.. BASI DAH!!!

Friday, October 5, 2012


DAP PULAU PINANG :  “PENANG MASTER PLAN”

Penulis terima khabar berita bahawa DAP negeri Pulau Pinang dalam perancangan “penang master plan” untuk PRU 13 ini ingin menyingkir kan bukan sahaja ADUN dari parti kawan2 yang bermasaalah malah lebih dahsyat lagi. DAP negeri Pulau Pinang dikatakan kurang senang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri dan akan menyingkirkan beliau dari dicalonkan di Pulau Pinang. Takkan pokok goyanga kalau tiada angin yang goncang !

Pemimpin negeri dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan pentabiran Ketua Menteri yang dikatakan membelakangkan pemimpin-pemimpin negeri. Bukan sekadar itu , pemimpin DAP negeri juga telah “lose face” dengan cara Lim Guan Eng yang dikatakan telah merampas jawatan Ketua Menteri dari pemimpin negeri pada PRU yang lepas. Nepotism terserlah setelah mereka diarah menerima beliau sebagai Ketua Menteri dari orang atasan parti.

Ketua Menteri Lim Guan Eng kelihatan tersepit dengan kawan-kawan dari parti PKR dan PAS yang tidak dapat menerima cara pentabiran “self centered” beliau dan kawan-kawan dari parti DAP yang memendam geram cara beliau merampas jawatan ketua menteri dari pemimpin negeri.

Nampak gaya Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini makin goyah dengan perebutan kuasa dalam mereka serta ketamakan mereka merebut jawatan. Kalau DAP negeri dapat merancang sebegini kepada “the bosses son” apa pule kepada adun-adun “merepek” dan “kurang cerdik” dari parti PKR dan PAS. Mudah sangat lah mereka akan mensabotaj mereka.

Malah penulis juga dengar berita PKR sekarang cuba merekrut pemimpin dari UMNO dengan menjanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri. Nasib karier Dr Mansor ketara bakal jadi noktah titik sehingga PRU ini sahaja.

P/S .. nampak gaya “Melaka reject” bakal terima gelaran baru pula “Penang reject”.. hahaha


Penulis Keris Strike

Tuesday, October 2, 2012

Pelancaran Penang Muslim Network

Menyedari dan menginsafi agenda penghinaan terhadap Islam dan gerakan pemurtadan umat islam yang semakin berleluasa di peringkat dunia, negara dan khususnya di negeri Pulau Pinang, maka terbentuklah sebuah rantaian ummah iaitu JARINGAN MUSLIMIN PULAU PINANG (JMPP) atau PENANG MUSLIM NETWORK yang terdiri daripada lebih kurang 35 pertubuhan NGO ISLAM dari SELURUH PULAU PINANG..


JMPP adalah sebuah jaringan yang bermula dengan 35 buah pertubuhan umat Islam yang bergerak aktif di negeri Pulau Pinang dan bakal mengumpulkan sebanyak mungkin pertubuhan-pertubuhan umat Islam di Pulau Mutiara..



Perkumpulan ini bertujuan untuk mewujudkan KESEFAHAMAN, KESERAGAMAN DALAM BERTINDAK dan PENYATUAN DALAM MEMPERTAHANKAN AQIDAH DAN KESELAMATAN NEGARA dari ancaman anasir luar yang berniat jahat terhadap ISLAM yang merupakan AGAMA PERSEKUTUAN bagi negara kita ini seperti yang termaktub dalam ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..



Monday, October 1, 2012

Kebijaksanaan PAS Menangani Rasuah...


Dengar betul-betul ye.. 
Baca betul-betul ye.. 
Faham betul-betul k.. 
kalau tak faham gak.. :) 
tak tau la nak kata apa..



Takelapaq??? Sikit Pun Tak Heran!!!


ANAK MUDA PULAU PINANG SOKONG BN!!!

PELANCARAN BN PILIHAN ORANG MUDA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
30 SEPTEMBER 2012 (AHAD)
SUNWAY CONVENTION CENTRE, SUNWAY CARNIVAL
SEBERANG JAYA
DIRASMIKAN OLEH :
YB DATUK SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA


Untuk pengetahuan semua, program ini telah berjalan dengan penuh jayanya petang tadi dengan kehadiran ramai orang muda yang menyayangi dan cintakan BN yang terdiri dari pelbagai kaum .. Konvoi bermotor yang disertai oleh Pemuda BN juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai dengan reaksi yang amat positif.. Semangat membara golongan muda di Pulau Pinang dapat anda rasakan setelah menyaksikan video yang PB sertakan di bawah.. Ini semua telah membuktikan bahawa BN PILIHAN ORANG MUDA DI PULAU PINANG!!!










 Terima kasih yang tak terhingga kepada BN Negeri Pulau Pinang dan komponen-komponen, 
UMNO, GERAKAN, MCA, MIC, PPP

Nota kaki: ni reply PB untuk komen pembaca blog BPK pada posting ini, saudara ZAMRI kecik's dengan ucapan "Takelapaq??? Sikit Pun Tak Heran!!!"

Saturday, September 29, 2012





Apabila Mansor “cicak kobeng” komen Lim "biawak komodor”


Rata-rata ramai ahli parti Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak dapat menerima realiti dengan tindakan Timbalan Ketua Negeri Dr Mansor yang membuat "U-turn" kepada statementnya yang sebelum ini berdolak dalih berkenaan rakaman perbualan beliau yang menyatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai angkuh, sombong dan tokong.

Dr Mansor yang sebelum ini dalam press conference dan jawapan pemberita telah menafikan beliau mengeluarkan kata-kata tersebut telah menjilat ludahnya sendiri dan pengakuannya. Sekarang beliau dilihat cuba “damage control” dengan mengatakan beliau tidak dengar rakaman itu sebelum ini dan semua tuduhan beliau berkenaan keperibadian Ketua Menteri telah didorong oleh orang lain dalam rakaman tersebut. Boleh terima ke alasan sebegini dari seorang pemimpin? Adakah Dr Mansor tidak tahu atau sedar apa yang keluar dari mulutnya? Atau pun sudah menjadi kebiasaan untuk beliau berlidah cabang?

Kebenaran melenyapkan kebatilan akhirnya. Sekarang keperibadian Dr Mansor dalam perktikaian kerana cuba temberang semua sebelum ini.  Malah sekarang ramia yang mendesak perletakan jawatan Dr Mansor dan antara yang mengulas adalah Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berkata "Sikap berdolak-dalih bukan tanda seorang pemimpin yang baik. Pemimpin perlu mempunyai kekuatan untuk menyatakan kebenaran.” dan"Untuk kepentingan komuniti di Malaysia, dia (Mansor) patut meninggalkan kerajaan P.Pinang...tinggalkan secara sukarela,"

Kenapa Dr Mansor tidak menegakkan kebenaran dengan menyatakan memang betul apa yang diperkatakan oleh beliau dalam rakaman. Ketara Dr Mansor dalam ketakutan akan karier politik beliau akan mati jika menegakkan kebenaran. Sudah kuat ura-ura DAP bakal mensabotaj ADUN PKR dan PAS yang di anggap tidak penting dan bermasaalah. Adakah Dr Mansor berada di list teratas untuk di pancung? Tepuk dada tanya selera ..

Penulis hairan kenapa tiada siapa pun dalam kepimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menolak kenyataan bahawa Ketua Menteri seorang yang angkuh , sombong dan tokong ?

Senyap kerana menyokong atau takut nak menipu rakyat lagi ke atau takut kena sabotaj dan di pancung PRU 13 ini… hehehehe.

Penulis Keris Strike

Sumber :

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/27/mstar_berita/20120927152811&sec=mstar_berita

Friday, September 28, 2012

Sayang, Sayang, Skuad Sayang !!!

     Pasukan Skuad Sayang Balik Pulau hari ini telah membantu mangsa angin kencang yang melanda Pulau Pinang pada hari Rabu yang lalu.. Bertempat di Telok Bahang, 2 rumah menjadi mangsa angin kencang yang telah "mengangkat" dan "menghumban" bumbung sebuah rumah ke atas sebuah rumah yang lain..

bumbung "terbang" dari rumah di sebelah kiri menimpa ke rumah di sebelah kanan

  Kehadiran Skuad Sayang diterima dan disambut dengan baik oleh kedua-dua tuan rumah yang menjadi mangsa angin kencang tersebut.. 
Diceritakan bahawa lebih kurang jam 11.00 pagi hari Rabu ketika sedang bersolat dhuha, angin dari luar masuk melalui celahan bumbung dan membentuk satu pusaran di lantai rumah tersebut yang menyebabkan lubang sedalam setengah kaki.. 

Lubang kecil yang berwarna gelap sedalam setengah kaki

Pasukan Skuad Sayang mendengar penerangan dari tuan rumah (mangsa 1)
Mangsa 1 menerangkan kejadian "bumbung terbang"
mangsa 2 yang rumahnya ditimpa oleh "bumbung terbang"

Selepas mendapat penerangan dari mangsa pertama, pasukan Skuad Sayang Balik Pulau beralih ke rumah mangsa kedua untuk melihat keadaan rumahnya yang ditimpa "bumbung terbang".. sedikit sumbangan telah diberi kepada kedua-dua mangsa "angin kencang tersebut".. Tahniah kepada Skuad Sayang Balik Pulau dan TERUSKAN USAHA ANDA!!!