Saturday, November 17, 2012

Oh My Balik Pulau !!!








Kepada sesiapa yang tak mengenali Balik Pulau sudah tentu tertanya-tanya apakah keunikan yang terdapat di tempat ini... Pada pendapat saya yang 100% anak jati Balik Pulau, yang paling menarik di Balik Pulau ini ialah keindahan Balik Pulau itu sendiri, di mana kebanyakan kanpung masih terserlah ke"Melayuan"nya.. dengan rumah2 kampung dan suasana yang menghijau amat memukau pandangan mata..

Pada mereka yang mengenali Balik Pulau pula sudah pasti tidak terlepas dengan keenakan durian Balik Pulau yang amat sedap rasanya hingga terkenal 1 Malaysia.. 

Balik Pulau juga pernah mencatat sejarah hitam apabila diterjah oleh tsunami pada 26 Disember 2004 dan seramai lebih kurang 26 mangsa tsunami yang meninggal dunia pada kejadian tersebut yang berlaku di pantai Pasir Panjang..

Keindahan Balik Pulau amat memukau sesiapa yang mengunjungi kawasan ini kerana banyak khazanah yang terdapat di sini.. Terdapat juga pintu ke dua TAMAN NEGARA PULAU PINANG di Balik Pulau iaitu di Kuala Sungai Pinang.. Pintu ke dua ini akan membawa pelancong yang meminati alam sekitar untuk lebih mengenali paya bakau (mangroove) dengan lebih dekat lagi.. dari paya bakau, pelancong akan dibawa ke Pantai Kerachut dengan menaiki bot untuk menikmati pemandangan yang lebih cantik.. 

Di Pantai Kerachut terdapat sebuah tasik meromatik yang amat jarang dijumpai di dunia ini, iaitu tasik di mana akan mempertemukan dua jenis air iaitu air sungai (tawar) dan juga air laut (masin) di dalam satu tasik.. kejadian ini akan berlaku setiap kali air laut pasang.. 

Di samping itu terdapat juga pusat penetasan penyu di Pantai Kerachut ini dimana pengunjung yang bertuah akan dapat menyaksikan anak-anak penyu menetas dan bergerak mencari air laut dan memulakan perjalanan hidup mereka di dunia ini..

No comments:

Post a Comment