Tuesday, October 2, 2012

Pelancaran Penang Muslim Network

Menyedari dan menginsafi agenda penghinaan terhadap Islam dan gerakan pemurtadan umat islam yang semakin berleluasa di peringkat dunia, negara dan khususnya di negeri Pulau Pinang, maka terbentuklah sebuah rantaian ummah iaitu JARINGAN MUSLIMIN PULAU PINANG (JMPP) atau PENANG MUSLIM NETWORK yang terdiri daripada lebih kurang 35 pertubuhan NGO ISLAM dari SELURUH PULAU PINANG..


JMPP adalah sebuah jaringan yang bermula dengan 35 buah pertubuhan umat Islam yang bergerak aktif di negeri Pulau Pinang dan bakal mengumpulkan sebanyak mungkin pertubuhan-pertubuhan umat Islam di Pulau Mutiara..



Perkumpulan ini bertujuan untuk mewujudkan KESEFAHAMAN, KESERAGAMAN DALAM BERTINDAK dan PENYATUAN DALAM MEMPERTAHANKAN AQIDAH DAN KESELAMATAN NEGARA dari ancaman anasir luar yang berniat jahat terhadap ISLAM yang merupakan AGAMA PERSEKUTUAN bagi negara kita ini seperti yang termaktub dalam ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..



No comments:

Post a Comment