Sunday, November 4, 2012

Lembu Kedah Import dari AUSTRALIA???

INI KE LEMBU KEDAH TU????
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Corporation Berhad, telah memeterai satu perjanjian usaha sama yang besar bersama sebuah syarikat dari Australia untuk menternak dan mengimport lembu-lembu dari negara tersebut. KCB telah membayar RM1 juta kepada rakan kongsi pilihannya itu sejurus selepas perjanjian dimeterai. Malangnya, projek ternakan lembu yang dipenuhi kontroversi sejak awal lagi ini tidak pernah dapat dilaksanakan.

KCB juga diselar apabila ia membuat pembayaran besar ke atas dua buah projek yang gagal. Bayaran pertama melibatkan sejumlah RM4.26 juta kepada sebuah syarikat di Papua New Guinea untuk sebuah projek kelapa sawit yang akhirnya menemui kegagalan. Bayaran kedua melibatkan RM1.6 juta kepada seb
uah syarikat perunding untuk "mengatur" pinjaman persisiran berjumlah USD44 juta yang telah diperuntukkan untuk membiayai pelaburan di Papua New Guinea itu.

Selain gagal untuk mendapatkan pinjaman USD44 juta itu (yang telah menggugat projek tersebut), KCB tetap meneruskan projek ini dengan meminjam sejumlah RM3 juta dari tiga buah syarikat tempatan. Paling mengejutkan adalah apabila pinjaman ini dibuat tanpa kelulusan pihak Lembaga Pengarahnya sendiri!




P/S: fitnah kat orang akhirnya terkena batang idung sendiri... Betapa besarnya kuasa Allah SWT membalikkan semula fitnah yang dibuat oleh mereka yang kononnya memperjuangkan Islam...

No comments:

Post a Comment