Wednesday, March 6, 2013

MARI MENYANYI RAMAI RAMAI

                                             

                                                 Bukti Anwar Tahu Sabah Akan Bergolak

Sini BPK pulak nak nyanyi..

Tanya sama anwar
apa sebab goyang
nanti jawab anwar
dah nak pecah tembelang

d ceramah nyanyi lagu
najib takut ini itu
rupanya lahad datu
dalangnya adalah aku...

Monday, March 4, 2013

Wei Orang Penang.. Sedaq La Sikit.. PART 1


     Sejak Tahun 2008 ''kera''jaan DAP memerintah Pulau Pinang apa yang depa bagi kat rakyat sebenaqnya?? aku nak mintak depa 'list'kan apa yang depa buat untuk kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.. ada berani?? cuba la kalau boleh..


     Ni aku nak tunjuk sikit kat hangpa apa yang hangpa tak tau.. pasai ada sesetengah pihak tu hanya pandai "claim credit" atas apa yang kerajaan persekutuan buat saja.. semua yang kerajaan persekutuan buat depa kata depa yang buat.. siap pi tolong rasmikan plak tu.. memang muka tak malu.. tak percaya?? mai nak habaq kat hangpa.. antara projek-projek yang dibuat oleh kerajaan persekutuan (BN yang ZALIM) untuk RAKYAT PULAU PINANG walaupun negeri ni kalah dalam PRU-12..




Ni semua KERAJAAN PERSEKUTUAN punya projek ye.. KERAJAAN PERSEKUTUAN.. Ulang suara.. KERAJAAN PERSEKUTUAN (BN yang ZALIM) punya projek.. tak percaya kan?? kalau tak percaya suruh la Lim Guan Eng bentang kertas projek dalam gambar di atas tu yang mengatakan semua ni menggunakan dana "KERA"JAAN PULAU PINANG.. 

KEMBALI KE MEDAN PERANG

Assalamualaikum..

Wah.. lama sungguh rasanya BPK ter'stop' menulis di sini.. Terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan.. Dah lama tinggal ni maklum lah kan.. terasa tumpul otak nak menulis semula.. tapi demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA, BPK akan cuba sedaya upaya untuk menulis kembali.. 

Sunday, November 25, 2012

HUKUM ORANG YANG BERHUTANG


Manis senyum mu.... manis senyum mu.. pandang tak jemu... ceeeewaaahhhhh!!!

Manis sungguh senyuman YB Parlimen Balik Pulau ni.. tapi sampai bila senyuman manis tu mampu bertahan PB pun x tau lah kan.. Oh YB... Dengaq kata HUTANG SEWA PEJABAT YB dah lama tertangguh... Bila ditanya YB kata duit tak ada.. boleh cenggitu eh??? YB tau tak apa hukum berhutang???

APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR HUTANG DAN APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG MEMBERI HUTANG?

Adakah ini menggalakkan orangramai suka berhutang? 

Dalam Islam berhutang memang di haruskan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Umpamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan makan dan minum, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. 

Sebagaimana dalam sebuah hadis :- 

Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? beliau bersabda : "memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya]. 

Hadis ini menerangkan antara pekerjaan yang paling baik ialah menolong menjelaskan hutang seseorang. Persoalan sekarang ialah sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan di berikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. 

Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya: 

1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya. 

2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah. 

3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim. 

4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati. 

Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya, dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan, kecuali hutang tersebut dijelaskan. Kalau tidak sempat dijelaskan, hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar, tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya. 

Bagaimana kalau tidak ada amalan kebajikan?, kita akan dihumban ke dalam api neraka. Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini, selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan, dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan, untuk mengelakkan terabai membayarnya. 
Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah. Seseorang yang berhutang, hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut, kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 

[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya]. 

Sabdanya lagi : 

[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang]. 
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W : 

[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya]. 

Abu Said R.a berkata : 

"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak. 
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. : 

Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya]. 

Yang sy hairan, bukan satu tempat je YB berhutang.. dan difahamkan bahawa dah beberapa tempat YB pindah pejabat.. mungkinkah kerana masalah yang sama?? tak bayar hutang eh???

Dan dengar kata, YB juga tak bayar gaji kepada pembantu-pembantu YB?? atau hanya desas desus?? kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang YB?? dengar kata pembantu-pembantu YB tu juga mempunyai keluarga?? tidakkah YB fikir bagaimana mereka nak menyara keluarga apabila gaji mereka tak dibayar???

Teruskanlah dengan cara YB tu.. 

Sunday, November 18, 2012

Bangau Oh Bangau???


Kekadang PB "kompius" ngan Abg Mat 121 nie sebenarnya.. dia tau tak apa yang dia cakap n apa yang keluar dari mulut dia?? melalui lagu yang dia nyanyi ni kalau pada hemat PB lah kan... makna lagu ni, dia mengaku la yang selama ni memang walau apa sekalipun kepincangan yang jadi dalam PR semua kesalahan tu mereka akan letakkan kat bahu UMNO... TAK GITU???

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tak Tahu Peraturan Dewan



Ini pula kisah Kerajaan Negeri Pulau Pinang (DAP) yang memang tak faham peraturan Dewan Undangan Negeri (atau buat-buat tak faham).. ikuti luahan perasaan ADUN-ADUN yang tidak berpuas hati dengan layanan berat sebelah dan juga pandangan mereka tentang bagaimana Kerajaan Negeri membuat kerja bagai melepaskan batuk di tangga..



Saturday, November 17, 2012

Oh My Balik Pulau 4 !!!




Orang-orang kampung di BALIK PULAU.... Ada duit ka nak beli rumah ni??? Dah siap sepenuhnya dah la ni kan???? Jom la pakat-pakat beli...

Tidakkah kita sedar bahawa pembinaan perumahan mewah yang semakin lama semakin berkembang di Balik Pulau ni sebenarnya adalah rancangan jahat DAP untuk sedikit demi sedikit menghalau orang-orang kampung di Balik Pulau??? Tak kira lah Melayu, Cina atau India itu sendiri.. DAP bukan peduli nasib orang-orang yang miskin.. Yang penting pada mereka hanyalah KEUNTUNGAN yang akan mereka kaut!!!