Wednesday, October 10, 2012

LIM GUAN ENG BINA JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG?????



Pada hari ini, 10 Oktober 2012 PB telah berkesempatan mengikuti Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bersama-sama dengan AHLI-AHLI serta PENYELARAS-PENYELARAS PARLIMEN BARISAN NASIONAL di Syarikat CHEC Construction (M) Sdn Bhd, BATU MAUNG. 



Buat pengetahuan semua pembaca, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) adalah sebuah syarikat yang telah dilantik sebagai pemegang konsesi untuk PROJEK JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG.. Syarikat ini adalah sepenuhnya MILIK KERAJAAN PERSEKUTUAN.. 



Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan juga Batu Maung di bahagian pulau dimulakan pada OGOS 2008 dan dijangka siap pada SEPTEMBER 2013 iaitu 2 bulan LEBIH AWAL berikutan pembinaannya yang pesat buat masa sekarang. Jambatan yang berukuran 16.9 KM ini bakal menjadi JAMBATAN TERPANJANG DI ASIA TENGGARA. Jambatan ini juga dianggarkan menelan kos pembinaan sebanyak 4.5 BILLION.. 



Jambatan Kedua Pulau Pinang (JKPP) ini juga akan menjadi JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA yang akan menggunakan SISTEM GALAS GETAH REDAMAN TINGGI / HIGH DAMPING RUBBER BEARING (HDRB).. HDRB adalah produk yang direkabentuk oleh PUSAT PENYELIDIKAN TUN ABDUL RAZAK (TARRC) di Brickendonbury, United Kingdom iaitu makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).. 



PB juga telah mendapat peluang untuk bersama-sama melawat ke tapak pembinaan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang..












NOTA KAKI: Minta maaf la no kepada "PEMINAT" Lim Guan Eng dan juga puak-puak PR... Lim Guan Eng tu pandai ambik credit ja.. pantang kerajaan buat apa semua dia kata dia punya.. padahal orang lain dok bawak keluaq duit.. tapi bila ada masalah kat mana-mana projek semua tuding kat kerajaan persekutuan.. tak payah dok spin sangat la Lim Guan Eng oii.. semua orang dah tau dah cara hang tu.. BASI DAH!!!

Friday, October 5, 2012


DAP PULAU PINANG :  “PENANG MASTER PLAN”

Penulis terima khabar berita bahawa DAP negeri Pulau Pinang dalam perancangan “penang master plan” untuk PRU 13 ini ingin menyingkir kan bukan sahaja ADUN dari parti kawan2 yang bermasaalah malah lebih dahsyat lagi. DAP negeri Pulau Pinang dikatakan kurang senang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri dan akan menyingkirkan beliau dari dicalonkan di Pulau Pinang. Takkan pokok goyanga kalau tiada angin yang goncang !

Pemimpin negeri dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan pentabiran Ketua Menteri yang dikatakan membelakangkan pemimpin-pemimpin negeri. Bukan sekadar itu , pemimpin DAP negeri juga telah “lose face” dengan cara Lim Guan Eng yang dikatakan telah merampas jawatan Ketua Menteri dari pemimpin negeri pada PRU yang lepas. Nepotism terserlah setelah mereka diarah menerima beliau sebagai Ketua Menteri dari orang atasan parti.

Ketua Menteri Lim Guan Eng kelihatan tersepit dengan kawan-kawan dari parti PKR dan PAS yang tidak dapat menerima cara pentabiran “self centered” beliau dan kawan-kawan dari parti DAP yang memendam geram cara beliau merampas jawatan ketua menteri dari pemimpin negeri.

Nampak gaya Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini makin goyah dengan perebutan kuasa dalam mereka serta ketamakan mereka merebut jawatan. Kalau DAP negeri dapat merancang sebegini kepada “the bosses son” apa pule kepada adun-adun “merepek” dan “kurang cerdik” dari parti PKR dan PAS. Mudah sangat lah mereka akan mensabotaj mereka.

Malah penulis juga dengar berita PKR sekarang cuba merekrut pemimpin dari UMNO dengan menjanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri. Nasib karier Dr Mansor ketara bakal jadi noktah titik sehingga PRU ini sahaja.

P/S .. nampak gaya “Melaka reject” bakal terima gelaran baru pula “Penang reject”.. hahaha


Penulis Keris Strike

Tuesday, October 2, 2012

Pelancaran Penang Muslim Network

Menyedari dan menginsafi agenda penghinaan terhadap Islam dan gerakan pemurtadan umat islam yang semakin berleluasa di peringkat dunia, negara dan khususnya di negeri Pulau Pinang, maka terbentuklah sebuah rantaian ummah iaitu JARINGAN MUSLIMIN PULAU PINANG (JMPP) atau PENANG MUSLIM NETWORK yang terdiri daripada lebih kurang 35 pertubuhan NGO ISLAM dari SELURUH PULAU PINANG..


JMPP adalah sebuah jaringan yang bermula dengan 35 buah pertubuhan umat Islam yang bergerak aktif di negeri Pulau Pinang dan bakal mengumpulkan sebanyak mungkin pertubuhan-pertubuhan umat Islam di Pulau Mutiara..



Perkumpulan ini bertujuan untuk mewujudkan KESEFAHAMAN, KESERAGAMAN DALAM BERTINDAK dan PENYATUAN DALAM MEMPERTAHANKAN AQIDAH DAN KESELAMATAN NEGARA dari ancaman anasir luar yang berniat jahat terhadap ISLAM yang merupakan AGAMA PERSEKUTUAN bagi negara kita ini seperti yang termaktub dalam ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..



Monday, October 1, 2012

Kebijaksanaan PAS Menangani Rasuah...


Dengar betul-betul ye.. 
Baca betul-betul ye.. 
Faham betul-betul k.. 
kalau tak faham gak.. :) 
tak tau la nak kata apa..



Takelapaq??? Sikit Pun Tak Heran!!!


ANAK MUDA PULAU PINANG SOKONG BN!!!

PELANCARAN BN PILIHAN ORANG MUDA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
30 SEPTEMBER 2012 (AHAD)
SUNWAY CONVENTION CENTRE, SUNWAY CARNIVAL
SEBERANG JAYA
DIRASMIKAN OLEH :
YB DATUK SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA


Untuk pengetahuan semua, program ini telah berjalan dengan penuh jayanya petang tadi dengan kehadiran ramai orang muda yang menyayangi dan cintakan BN yang terdiri dari pelbagai kaum .. Konvoi bermotor yang disertai oleh Pemuda BN juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai dengan reaksi yang amat positif.. Semangat membara golongan muda di Pulau Pinang dapat anda rasakan setelah menyaksikan video yang PB sertakan di bawah.. Ini semua telah membuktikan bahawa BN PILIHAN ORANG MUDA DI PULAU PINANG!!!










 Terima kasih yang tak terhingga kepada BN Negeri Pulau Pinang dan komponen-komponen, 
UMNO, GERAKAN, MCA, MIC, PPP

Nota kaki: ni reply PB untuk komen pembaca blog BPK pada posting ini, saudara ZAMRI kecik's dengan ucapan "Takelapaq??? Sikit Pun Tak Heran!!!"