Friday, September 28, 2012

Sayang, Sayang, Skuad Sayang !!!

     Pasukan Skuad Sayang Balik Pulau hari ini telah membantu mangsa angin kencang yang melanda Pulau Pinang pada hari Rabu yang lalu.. Bertempat di Telok Bahang, 2 rumah menjadi mangsa angin kencang yang telah "mengangkat" dan "menghumban" bumbung sebuah rumah ke atas sebuah rumah yang lain..

bumbung "terbang" dari rumah di sebelah kiri menimpa ke rumah di sebelah kanan

  Kehadiran Skuad Sayang diterima dan disambut dengan baik oleh kedua-dua tuan rumah yang menjadi mangsa angin kencang tersebut.. 
Diceritakan bahawa lebih kurang jam 11.00 pagi hari Rabu ketika sedang bersolat dhuha, angin dari luar masuk melalui celahan bumbung dan membentuk satu pusaran di lantai rumah tersebut yang menyebabkan lubang sedalam setengah kaki.. 

Lubang kecil yang berwarna gelap sedalam setengah kaki

Pasukan Skuad Sayang mendengar penerangan dari tuan rumah (mangsa 1)
Mangsa 1 menerangkan kejadian "bumbung terbang"
mangsa 2 yang rumahnya ditimpa oleh "bumbung terbang"

Selepas mendapat penerangan dari mangsa pertama, pasukan Skuad Sayang Balik Pulau beralih ke rumah mangsa kedua untuk melihat keadaan rumahnya yang ditimpa "bumbung terbang".. sedikit sumbangan telah diberi kepada kedua-dua mangsa "angin kencang tersebut".. Tahniah kepada Skuad Sayang Balik Pulau dan TERUSKAN USAHA ANDA!!!





No comments:

Post a Comment