Wednesday, October 10, 2012

LIM GUAN ENG BINA JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG?????



Pada hari ini, 10 Oktober 2012 PB telah berkesempatan mengikuti Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bersama-sama dengan AHLI-AHLI serta PENYELARAS-PENYELARAS PARLIMEN BARISAN NASIONAL di Syarikat CHEC Construction (M) Sdn Bhd, BATU MAUNG. 



Buat pengetahuan semua pembaca, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) adalah sebuah syarikat yang telah dilantik sebagai pemegang konsesi untuk PROJEK JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG.. Syarikat ini adalah sepenuhnya MILIK KERAJAAN PERSEKUTUAN.. 



Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan juga Batu Maung di bahagian pulau dimulakan pada OGOS 2008 dan dijangka siap pada SEPTEMBER 2013 iaitu 2 bulan LEBIH AWAL berikutan pembinaannya yang pesat buat masa sekarang. Jambatan yang berukuran 16.9 KM ini bakal menjadi JAMBATAN TERPANJANG DI ASIA TENGGARA. Jambatan ini juga dianggarkan menelan kos pembinaan sebanyak 4.5 BILLION.. 



Jambatan Kedua Pulau Pinang (JKPP) ini juga akan menjadi JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA yang akan menggunakan SISTEM GALAS GETAH REDAMAN TINGGI / HIGH DAMPING RUBBER BEARING (HDRB).. HDRB adalah produk yang direkabentuk oleh PUSAT PENYELIDIKAN TUN ABDUL RAZAK (TARRC) di Brickendonbury, United Kingdom iaitu makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).. 



PB juga telah mendapat peluang untuk bersama-sama melawat ke tapak pembinaan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang..












NOTA KAKI: Minta maaf la no kepada "PEMINAT" Lim Guan Eng dan juga puak-puak PR... Lim Guan Eng tu pandai ambik credit ja.. pantang kerajaan buat apa semua dia kata dia punya.. padahal orang lain dok bawak keluaq duit.. tapi bila ada masalah kat mana-mana projek semua tuding kat kerajaan persekutuan.. tak payah dok spin sangat la Lim Guan Eng oii.. semua orang dah tau dah cara hang tu.. BASI DAH!!!

2 comments: