Saturday, September 29, 2012





Apabila Mansor “cicak kobeng” komen Lim "biawak komodor”


Rata-rata ramai ahli parti Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak dapat menerima realiti dengan tindakan Timbalan Ketua Negeri Dr Mansor yang membuat "U-turn" kepada statementnya yang sebelum ini berdolak dalih berkenaan rakaman perbualan beliau yang menyatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai angkuh, sombong dan tokong.

Dr Mansor yang sebelum ini dalam press conference dan jawapan pemberita telah menafikan beliau mengeluarkan kata-kata tersebut telah menjilat ludahnya sendiri dan pengakuannya. Sekarang beliau dilihat cuba “damage control” dengan mengatakan beliau tidak dengar rakaman itu sebelum ini dan semua tuduhan beliau berkenaan keperibadian Ketua Menteri telah didorong oleh orang lain dalam rakaman tersebut. Boleh terima ke alasan sebegini dari seorang pemimpin? Adakah Dr Mansor tidak tahu atau sedar apa yang keluar dari mulutnya? Atau pun sudah menjadi kebiasaan untuk beliau berlidah cabang?

Kebenaran melenyapkan kebatilan akhirnya. Sekarang keperibadian Dr Mansor dalam perktikaian kerana cuba temberang semua sebelum ini.  Malah sekarang ramia yang mendesak perletakan jawatan Dr Mansor dan antara yang mengulas adalah Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berkata "Sikap berdolak-dalih bukan tanda seorang pemimpin yang baik. Pemimpin perlu mempunyai kekuatan untuk menyatakan kebenaran.” dan"Untuk kepentingan komuniti di Malaysia, dia (Mansor) patut meninggalkan kerajaan P.Pinang...tinggalkan secara sukarela,"

Kenapa Dr Mansor tidak menegakkan kebenaran dengan menyatakan memang betul apa yang diperkatakan oleh beliau dalam rakaman. Ketara Dr Mansor dalam ketakutan akan karier politik beliau akan mati jika menegakkan kebenaran. Sudah kuat ura-ura DAP bakal mensabotaj ADUN PKR dan PAS yang di anggap tidak penting dan bermasaalah. Adakah Dr Mansor berada di list teratas untuk di pancung? Tepuk dada tanya selera ..

Penulis hairan kenapa tiada siapa pun dalam kepimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menolak kenyataan bahawa Ketua Menteri seorang yang angkuh , sombong dan tokong ?

Senyap kerana menyokong atau takut nak menipu rakyat lagi ke atau takut kena sabotaj dan di pancung PRU 13 ini… hehehehe.

Penulis Keris Strike

Sumber :

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/27/mstar_berita/20120927152811&sec=mstar_berita

No comments:

Post a Comment