Tuesday, September 25, 2012

Islam vs Fanatisme (part 2)

Muaz bin Jabal pernah berkata:

''Pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadanya, menuntutnya adalah ibadat, menelaahnya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah kebaktian. Dialah kawan dalam masa kesepian dan teman pada masa kesunyian. Dialah penunjuk jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada masa kepayahan dan kesempitan. Allah mengangkat sesetengah kaum kerana ilmu pengetahuannya, maka dijadikannya pemimpin, penghulu dan penunjuk jalan kebaikan yang diikuti oleh orang ramai. Dengan ilmu pengetahuanlah manusia mentaati Allah Azza wajalla. Memperhambakan diri kepada-Nya, mengesakan-Nya dan membesarkan-Nya''.

ISLAM memerangi kejahilan kerana akibat buruknya ia melahirkan manusia yang bersifat taksub. Sifat taksub boleh menyebabkan sesuatu kaum tidak berlaku adil antara satu sama lain. Malah kesan fanatisisme (secara membabi buta) juga akan memecahbelahkan umat Islam dan memutuskan hubungan silaturahim sesama sendiri.
 


Pendorong utama kepada perpecahan ini adalah Amanat Haji Hadi' yang terkandung dalam ucapan beliau di Banggol Peradong, pada tahun 1987, dan selepas itu diulangi beliau dalam ceramahnya ketika Pilihanraya Kecil DUN Selising di Kelantan.
Memang tidak dapat disangkal lagi, amanat yang songsang ini adalah umpama duri dalam daging kepada umat Islam di Malaysia, hingga ke hari ini. Pencetus banyak tidakkesenangan umat Islam di negara ini. Walaupun cuba dinafikan oleh Haji Hadi sendiri, tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... Kerananya, telah berlaku sembahyang dua imam dalam satu Qaryah, isteri diceraikan atau dikahwinkan semula, tidak datang mendatangi majlis kenduri, tuduh menuduh di antara satu sama lain, dll. Pendeknya, amanat ini telah sedikit sebanyak menyebabkan terhakisnya institusi kekeluargaan, kejiranan dan ukhwah islamiah dikalangan umat Islam di negara ini.

Pas mendakwa bahawa mereka adalah sebuah parti Islam, tetapi adakah ini yang dianjurkan oleh agama Islam yang sebenar? Walhal ajaran Islam yang sebenar, dan salah satu yang paling asas, ialah perpaduan diantara umat. Nabi (SAW) pernah bersabda, "Semua umat Islam adalah bersaudara" dan "Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim adalah bukan umatku". Begitu berat sekali penekanan agama kita kepada perpaduan, tetapi Pas ketepikan arahan ini demi 'habuan dunia yang sedikit'.



Amanat ini juga adalah pencetus kepada beberapa peristiwa keganasan yang pernah berlaku di bumi bertuah ini, termasuk perberontakan puak Ibrahim Libya dan rancangan menjatuhkan kerajaan yang sah oleh kumpulan Al-Maunah dan KMM. Kumpulan-kumpulan ini, walaupun tidak mempunyai hubungan yang terus, tetapi mempunyai kaitan yang rapat dengan Pas.

Kalau dikaji dari sejarah asal penubuhan Parti Pas, iaitu hasil dari kekecewaan satu individu, yang lansung menubuhkan sebuah parti yang diasaskan dengan kekecewaan. Kekecewaan demi kekecewaan dalam arena politik negara, telah menghasilkan individu yang keras peribadinya di antara mereka. Peribadi yang keras seterusnya akan menjuruskan kearah keganasan. Inilah yang dapat disimpulkan bagaimana tertubuhnya, Kumpulan Ibrahim Libya, Al-Maunah dan KMM.

Adakah ini mengikut ajaran Islam yang sebenar? Islam tidak diasaskan dari kekecewaan dan keganasan. Islam diturunkan oleh Allah SWT menerusi utusanNya demi kesejahteraan dan perpaduan ummah. Hatta, salah satu makna kepada 'Islam' atau 'Aslam' itu sendiri ialah kesejahteraan.

Amanat ini juga menyebabkan berlakunya fanatisme yang melampau pengikut-pengikut Pas ini terhadap pemimpin mereka, sehingga tidak lagi dapat menerima kebenaran dari pehak yang lain. Hanya pemimpin mereka saja yang membawa kebenaran, yang lain semuanya tidak benar. Ini akhirnya akan menjadi satu benteng kepada usaha kerajaan untuk memajukan bangsa Melayu, khususnya dan umat Islam, amnya. Pengikut mereka yang fanatik, menganggap hanya ilmu akhirat yang wajib dituntut, ilmu-ilmu yang lain adalah sekular dan kemiskinan adalah satu lumrah. Inilah yang disemaikan oleh Pas terhadap pengikut mereka supaya mereka kekal fanatik dan akan mengundi Pas sampai bila-bila.


Pemimpin-pemimpin mereka dari kalangan 'ulamak juga kerap kali mengeluarkan kata-kata yang negatif dari segi Islam, demi membenarkan setiap tingakahlaku ahli-ahli mereka yang bercanggah dengan dengan agama Islam. Kata-kata seperti, Tuhan mencarut, Tuhan samseng, dsb, dapat ditelan bulat-bulat oleh ahli mereka atas dasar fanatisme, walaupun mereka sedar kata-kata ini amat bercanggah dengan nilai budaya mereka sendiri, apatah lagi nilai-nilai Islam.

Pas telah terbukti menggunakan nama Islam di dalam nama parti mereka sebaik mungkin, untuk mendapat laba di dunia. Kerap kali ayat-ayat Al-Quran dan hadis dipetik untuk memenangkan puak mereka sahaja. Kadangkala ayat-ayat Al-Quran dipetik sekerat-sekerat dan kadangkala diberi pengertian sesedap hati mereka sahaja. Hadis-hadis yang dhaif dan maudhu' juga kerap menjadi sandaran mereka.



Kerajaan tidak zalim, tetapi Pas menzalimi diri mereka sendiri. Kalau kerajaan dibawah pimpinan PM kita ini zalim, hujjah-hujjah di atas ini sudah cukup kuat untuk dijadikan asas pendakwaan dan seterusnya pengharaman parti Pas itu. Negara Islam lain mengharamkan nama Islam digunakan sebagai nama sebuah organisasi, tetapi kerajaan Malaysia membenarkannya. Kerajaan Mesir juga pernah mengharamkan kumpulan yang dipanggil Ikhwanul Muslim, sebuah kumpulan fanatik Islam ala-Pas, tetapi kerajaan pimpinan PM kita ini tidak sebegitu. Kerajaan tahu dan menganggap Pas hanyalah sebuah parti politik. Pas hanya berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) sebagai sebuah parti politik dan bukannya sebuah organisasi agama. Kalau dilihat disini, matlamat penubuhan Pas sebenar ialah untuk berjuang dan menang dalam arena politik bukannya organisasi yang ikhlas memperjuangkan dan memenangkan Islam.

No comments:

Post a Comment