Wednesday, September 26, 2012


Penang : DAP bakal sabotaj PKR dan PAS ?


Benarkah DAP bakal sabotaj PKR dan PAS di pilihanraya akan datang? Ura-ura dan khabar angin kuat mengatakan sinopsis ini bakal berlaku setelah 4 tahun perkahwinan songsang ini berlaku. Melihat pelbagai masaalah diantara Pakatan selama ini dan terbaru pendedahan rakaman yang dikatakan mesyuarat PKR dimana pemimpin tertinggi negeri PKR tidak berpuas hati dengan kepimpinan ketua menteri Lim Guan Eng.
Daripada rakaman tersebut ketidak puasan hati Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor dikatakan mengelar Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai “arrogant “ dan sombong dalam cara pemerintahannya. Hairan bagaimana nak berkerja bersama sepasukan jika mempunyai pandangan sebegini kepada ketua pasukan sendiri. Mungkin inilah penyebab pelbagai permasalahan yang terjadi dalam pemerintahan Pakatan di Pulau Mutiara selama ini. Perbezaan pendapat dan sifat ketidak bolehan Ketua Menteri menerima teguran dan nasihat menjadikan pelbagai masaalah dalam pemerintahan.


Isu yang dibawa PAS pula dimana PAS dilihat sebagai kawan kerdil yang tidak perlu di layan. Permasalahan perlantikan Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang dilihat telah memalukan Ketua Menteri dan pentabiran beliau. Ini tidak termasuk pandangan PAS berkenaan isu HUDUD yang ketara berbeza dengan pendirian DAP selama ini.

Inilah antara factor utama datangnya khabar angin bahawa di pilihanraya ini kesemua calon ADUN PKR dan PAS bakal di sabotaj oleh rakan Pakatan sendiri ini. Dari apa yang penulis dengar calon Melayu DAP bakal di tandingkan di pilihanraya ADUN negeri Pulau Pinang untuk mengantikan beberapa calon yang dilihat sebagai “trouble maker” dalam barisan kepimpinan DAP.

Adakah Pulau Pinang bakal di perintah oleh 100% ADUN DAP?? ia mungkin sukar ditelan tapi ia mungkin terjadi.

Penulis Keris Strike

No comments:

Post a Comment