Penang : DAP bakal sabotaj PKR dan PAS ?
Benarkah DAP bakal sabotaj PKR
dan PAS di pilihanraya akan datang? Ura-ura dan khabar angin kuat mengatakan
sinopsis ini bakal berlaku setelah 4 tahun perkahwinan songsang ini berlaku.
Melihat pelbagai masaalah diantara Pakatan selama ini dan terbaru pendedahan
rakaman yang dikatakan mesyuarat PKR dimana pemimpin tertinggi negeri PKR tidak
berpuas hati dengan kepimpinan ketua menteri Lim Guan Eng.
Daripada rakaman tersebut ketidak
puasan hati Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor dikatakan mengelar Ketua Menteri Pulau
Pinang sebagai “arrogant “ dan sombong dalam cara pemerintahannya. Hairan
bagaimana nak berkerja bersama sepasukan jika mempunyai pandangan sebegini
kepada ketua pasukan sendiri. Mungkin inilah penyebab pelbagai permasalahan
yang terjadi dalam pemerintahan Pakatan di Pulau Mutiara selama ini. Perbezaan
pendapat dan sifat ketidak bolehan Ketua Menteri menerima teguran dan nasihat
menjadikan pelbagai masaalah dalam pemerintahan.
Inilah antara factor utama
datangnya khabar angin bahawa di pilihanraya ini kesemua calon ADUN PKR dan PAS
bakal di sabotaj oleh rakan Pakatan sendiri ini. Dari apa yang penulis dengar
calon Melayu DAP bakal di tandingkan di pilihanraya ADUN negeri Pulau Pinang
untuk mengantikan beberapa calon yang dilihat sebagai “trouble maker” dalam
barisan kepimpinan DAP.
Adakah Pulau Pinang bakal di
perintah oleh 100% ADUN DAP?? ia mungkin sukar ditelan tapi ia mungkin terjadi.
Penulis Keris Strike
No comments:
Post a Comment