Apabila Mansor “cicak kobeng” komen Lim "biawak komodor”
Rata-rata ramai ahli parti Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak
dapat menerima realiti dengan tindakan Timbalan Ketua Negeri Dr Mansor yang
membuat "U-turn" kepada statementnya yang sebelum ini berdolak dalih
berkenaan rakaman perbualan beliau yang menyatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng
sebagai angkuh, sombong dan tokong.
Dr Mansor yang sebelum ini dalam press conference dan
jawapan pemberita telah menafikan beliau mengeluarkan kata-kata tersebut telah
menjilat ludahnya sendiri dan pengakuannya. Sekarang beliau dilihat cuba “damage
control” dengan mengatakan beliau tidak dengar rakaman itu sebelum ini dan
semua tuduhan beliau berkenaan keperibadian Ketua Menteri telah didorong oleh
orang lain dalam rakaman tersebut. Boleh terima ke alasan sebegini dari seorang
pemimpin? Adakah Dr Mansor tidak tahu atau sedar apa yang keluar dari mulutnya?
Atau pun sudah menjadi kebiasaan untuk beliau berlidah cabang?
Kebenaran melenyapkan kebatilan akhirnya. Sekarang
keperibadian Dr Mansor dalam perktikaian kerana cuba temberang semua sebelum
ini. Malah sekarang ramia yang mendesak
perletakan jawatan Dr Mansor dan antara yang mengulas adalah Bekas Naib
Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berkata "Sikap
berdolak-dalih bukan tanda seorang pemimpin yang baik. Pemimpin perlu mempunyai
kekuatan untuk menyatakan kebenaran.” dan"Untuk kepentingan komuniti di
Malaysia, dia (Mansor) patut meninggalkan kerajaan P.Pinang...tinggalkan secara
sukarela,"
Kenapa Dr Mansor tidak menegakkan kebenaran dengan
menyatakan memang betul apa yang diperkatakan oleh beliau dalam rakaman. Ketara
Dr Mansor dalam ketakutan akan karier politik beliau akan mati jika menegakkan
kebenaran. Sudah kuat ura-ura DAP bakal mensabotaj ADUN PKR dan PAS yang di
anggap tidak penting dan bermasaalah. Adakah Dr Mansor berada di list teratas untuk di pancung? Tepuk dada tanya selera ..
Penulis hairan kenapa tiada siapa pun dalam kepimpinan
Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menolak kenyataan bahawa Ketua Menteri
seorang yang angkuh , sombong dan tokong ?
Senyap kerana menyokong atau takut nak menipu rakyat lagi ke atau takut kena sabotaj dan di pancung PRU 13 ini…
hehehehe.
Penulis Keris Strike
Sumber :
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/27/mstar_berita/20120927152811&sec=mstar_berita
No comments:
Post a Comment